Saturday, 5 March 2011

MUQADDIMAH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

         Kolukium Ulama' Muda Kebangsaan (KokUM) INSANIAH ialah sebuah program anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KUIN sesi 2010/2011 bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan persatuan-persatuan serta kelab-kelab di INSANIAH. Program ini diadakan ialah atas kesedaran pihak mahasiswa/mahasiswi INSANIAH dalam mengembalikan peranan ulama' dalam masyarakatnke arah yang lebih baik. Selain itu, menjadi hasrat kolej untuk menjadikan INSANIAH ini salah satu hub ilmu utama di Malaysia insya-Allah.
        Kolukium Ulama' Muda Kebangsaan (KokUM) merupakan salah satu projek perintis yang akan dijadikan salah satu projek tahunan Kolej Universiti INSANIAH selain daripada Pesta Konvokesyen KUIN & Simposium Mahasiswa Utara (SIMURA) dan banyak lagi. Oleh itu, menjadi hasrat kami untuk mengalu-alukan para penaja projek untuk sama-sama menyumbangkan dan memainkan peranan dalam usaha bersama dalam mendidik masyarakat ke arah yang lebih baik.